Isnin, 25 Februari 2013

Kronisma, Kontrek Petronas, San Miguel ? - Tun Mahathir Jawab Tuduhan Anwar.


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.

Ahad, 24 Februari 2013

Video wajib Tayang: Cara Mudah Mematahkan Helah Orang Kristian Nak Guna Kalimah Allah

Satu penerangan yang cukup menarik, senang di faham lengkap dengan berberapa ayat quran sebagai rujukan, cara mudah nak patahkan helah orang kristian yang kini makin menggila nak guna kalimah Allah...




Remaja Perempuan Menyesal Ikut Kekasih Lari Ke Pulau Flores, Indonesia.



Terpaksa terjun di tengah laut dan berenang lebih 24 jam dari perairan Johor ke Pulau Batam selepas bot dinaikinya ditahan penguat kuasa maritim antara pengalaman mengerikan seorang remaja yang lari mengikut teman lelakinya berasal dari Pulau Flores, Indonesia hampir enam tahun lepas.

Namun tindakan nekad Munirah Abdul Hamid, 22, itu menjerat diri apabila sebaik terjun ke laut dia terpisah dengan teman lelakinya dan bagi menampung kehidupan di Pulau Batam, dia bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun dengan bayaran serendah 250,000 rupiah (RM80) sebulan sebelum bertemu semula dengan teman lelakinya.

Katanya, sebaik berjumpa dengan teman lelakinya itu, dia terus diajak untuk pulang ke kampung halaman lelakinya di Pulau Flores.

Namun, disebabkan serik untuk meneruskan kehidupan di negara asing, dia menyuarakan hasrat untuk pulang ke pangkuan keluarga dan turut memaklumkan kepada lelaki berkenaan bahawa ayahnya akan datang untuk membawanya pulang.

"Marah dengan apa yang saya katakan, teman lelaki merampas telefon bimbit saya dan terus membuangnya sehingga menyebabkan saya tiada pilihan lain kerana langsung tidak mengingati nombor telefon keluarga di kampung.

"Sebaik tiba di Pulau Flores, saya ditinggalkan teman lelaki. Buntu mengenangkan nasib, saya membawa diri di sekitar pulau berkenaan sehingga bertemu dengan suami saya sekarang di sebuah rumah sakit dan dialah yang banyak membantu saya untuk mencari semula keluarga di kampung," ujarnya.

Dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Munirah berjaya dibawa pulang dan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini disambut dengan linangan air mata oleh anggota keluarganya.

Munirah yang melarikan diri selepas pulang dari sekolah pada April 2007 dilihat menerpa dan melutut di kaki ibunya, Robeah Hamid, 52, sebelum memeluk bapanya, Abdul Hamid Mat, 51, sambil ditemani suami yang  baharu dikahwini setahun lepas, Yohanes Kaya Masan, 35, dan anak lelakinya, Alfon Bayu Rongan, sembilan bulan.

Ditemui pemberita kemudiannya, Munirah menyatakan rasa kesal dengan apa yang dilakukannya dan memohon maaf kerana menyusahkan ramai pihak sepanjang proses membawanya pulang ke kampung halamannya di Tanjung Dawai, Sungai Petani Kedah.

"Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru bersama suami dan anak serta bertekad tidak akan pulang lagi ke sana (Indonesia)," katanya.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata proses membawa pulang remaja itu mengambil masa lebih sebulan dan beliau menasihati anak gadis di negara ini agar berfikir panjang sebelum lari mengikut teman lelaki ke Indonesia kerana mereka berdepan risiko dikenakan hukuman berat oleh pemerintah negara itu jika tersalah langkah.

"Ini adalah kes yang paling jauh kita selesaikan dan yang pertama seumpamanya di Daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia,

"Hasil rundingan dan kerjasama antara kedua belah pihak Munirah dibawa pulang secara baik walapun dia sepatutnya boleh dikenakan hukuman kerana menceroboh negara orang tanpa dokumen sah," katanya.


Sementara itu, Abdul Hamid yang bekerja sebagai nelayan berkata tiada apa yang dapat beliau ucapkan selain rasa syukur dan berterima kasih kepada KP1M serta Ketua Umno Bahagian Merbok Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain di atas segala susah payah untuk membantu keluarganya.

Abdul Hamid berkata kira-kira enam bulan lalu, beliau menerima surat bertarikh 8 Ogos 2012 yang dihantar anaknya, Munirah dari Flores Timur, Indonesia.

"Munirah menulis alamat bagaimanapun tidak memberikan butiran lengkap dirinya cuma menyatakan dia berada di Flores Timur dan meminta tolong dibawa pulang ke Malaysia.

"Selepas terima surat itu saya tidak tahu nak minta tolong dengan siapa. Alhamdulillah Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain sudi membantu yang kemudiannya merujuk perkara itu kepada KP1M', katanya.


Gambar Fail: Abdul Hamid Mat menunjukan sepucuk surat yang dihantar anaknya, Munirah yang kini berada di Flores Timur, Indonesia kepada Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Hj.Tajul urus Mat Zain yang mengunjungi beliau di rumahnya di Tanjung Dawai September tahun lalu.


Jumaat, 22 Februari 2013

Anwar Hantuk Kepala, The Economist Ramal BN Menang.


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008.

Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.

Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti.

"Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan.

Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah.

Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah.

Blog itu menjelaskan, EIU juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bermula 2013 sehingga 2017 akan terus tumbuh dengan baik.

"Faktor itu menjadi satu lagi sebab kukuh kepada kebangkitan semangat parti pemerintah yang dipimpin oleh Najib," menurut blog itu lagi.
-Utusan

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz



Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah.   Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV,  “Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami.  Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil.”

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga.  Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka.   Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M?  Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk  berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang.  Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.  Ada yang miskin dan ada yang kaya.  Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang.   Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti.    Adajuga  yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.   Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan.   Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu.   Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan  kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya.   Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam…

Hasil Muzakarah Pakar Mengesahkan Malaysia Sebuah Negara Islam.

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak semua prasyarat atau kriteria negara Islam seperti mana digariskan ulama dipenuhi, demikian rumusan Muzakarah Pakar, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Muzakarah bertajuk ‘Malaysia: Kemelut Negara Islam-Negara Sekular’ itu juga berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.

Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan satu-satunya prasyarat dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau sekular.

"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen rasmi dan perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut rumusan yang dikeluarkan hari ini.

Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British, agama Islam sentiasa menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.

Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara Islam. Realitinya, ia bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga sebagai negara Islam contoh abad ini.

"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang Islam.

"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah manakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.

Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak semuanya mesti dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara sama ada Islam atau sebaliknya. - BERNAMA



Khamis, 21 Februari 2013

Surat Tuntut Hutang Kerajaan PAS Kedah Mencecah RM3 Bilion Dah Sampai!



Semalam, Pemuda Gerakan Kedah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung hutang kerajaan negeri yang hampir mencecah RM3 bilion.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata memorandum itu bertujuan memohon kerajaan negeri mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan beban hutang yang meningkat hampir RM 1 bilion sejak kerajaan negeri sekarang mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

"Mengikut laporan Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011 hutang awam oleh kerajaan negeri sudah mencecah RM2.6 bilion, tetapi baki wang tunai kerajaan negeri Kedah hanya tinggal RM193.22 juta.

"Melalui siasatan yang kami buat, kami dapati hutang RM2.6 bilion itu tidak termasuk hutang bagi pembinaan Kuin (Kolej Universiti Insaniah) iaitu sebanyak RM330 juta. Jadi anggaran hutang kini adalah sebanyak RM2.933 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pegawai Khas (Belia) Menteri Besar Kedah, Mohd Rosli Azmi di Wisma Darul Aman di sini.

Beliau berkata kenaikan hutang itu adalah hampir 50 peratus selepas PAS dan sekutunya mengambil alih pentadbiran negeri Kedah.

"Jadi kami amat bimbang dengan kewangan kerajaan negeri kerana beban hutang terlalu tinggi sedangkan baki wang yang ada kurang daripada jumlah hutang," katanya.

Tan berkata hutang tersebut dapat dikurangkan sekiranya pentadbiran negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah dan membuat kajian secara teliti sebelum membuat apa-apa pelaburan agar tidak mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan Kedah kata mereka belanja dengan berhemah tetapi sebaliknya mereka telah beli sebuah kereta Mercedes S350 dengan nilai yang hampir mencecah RM800,000. Itu adalah contoh kerajaan negeri guna duit rakyat.

"Kami harap Menteri Besar akan mempertimbangkan perkara ini bagi menjamin masa depan negeri Kedah," katanya.

bernama

Rabu, 20 Februari 2013

Pencacai Pakatan Kantoi Menipu Pasal Tol Lebuhraya di Thailand , Tol Di Thailand Jauh Lebih Teruk Berbanding Malaysia!



Salam. Saya baru sahaja mendapat balasan daripada King Jason, insan yang bertanggungjawab dalam menyebarkan persepsi mengenai toll di Thailand. Konon negara tersebut tidak langsung mempunyai toll.

Dan balasan yang diterima oleh saya, membalas segala hujah saya mengenai jenis-jenis highway dan toll-toll di negara mereka, sungguh membuatkan saya geleng kepala.

Kenyataan saya hanya dikerat separuh, sekadar pengenalan sahaja, bukannya sepenuhnya seolah-olah seperti takut untuk mendedahkan hujah-hujah saya.

Pertama kita ulas dulu mengenai gambar yang diangkat oleh King Jason, konon katanya itu ialah gambar Shukumvit Road, kata mereka ialah lebuh raya yang terpanjang di Thailand tetapi... Shukumvit Road tak sampai pun 1000 kilometer macam dalam gambar yang dikongsikan oleh King Jason. Hanya dalam lingkungan 450 Kilo...

Ada lagi satu... Sebenarnya itu bukannya gambar Shukumvit Road TETAPI gambar Bangkok-Chonburi Highway yang terkenal dalam mengecaj kadar toll yang tinggi kepada rakyatnya sejak dibina pada tahun 1998.


 Apa ni King Jason? Gambar pun dah kantoi... hahahaha...

Kita kembali dengan dakwaannya, yang pertama, King Jason mengatakan bahawa tol di Thailand akan ditutup apabila modal membina toll berjaya dikutip semula. Benarkah?

Boleh tak King Jason memberitahu saya mengenai Tol pertama di Thailand yang dibina pada tahun 1981 kalau tak silap saya, yang masih belum dimansuhkan?

Dan untuk pengetahuan King Jason, lebuhraya di Thailand sangat teruk dengan jalan berlubang, menggunakan simen biasa untuk menurap jalan dan sebagainya.

King Jason mempersoalkan kenapa Tol tidak ditutup di Malaysia? Dia mengatakan kos untuk membuat jalan raya di Malaysia sudah langsai, jadi apa gunanya TOL ini? Jom gelakkan sahabat kita ni. Hehehehehe... (jangan kuat sangat, malu dia nanti)

Ada juga yang mempertikaikan Jalan di Thailand itu panjang... memang padanlah depa buat Tol. Malaysia ni kecik jer. Ehhh, nanti dulu ya sahabat, untuk pengetahuan anda, ada lebuhraya di Thailand yang sepanjang 15 Kilometer pun ada Tol tau... :)

King Jason hanya bercakap mengenai Capex - Capital Expenditure (Perbelanjaan Modal) tetapi tutup mata untuk bercakap mengenai Opex - Operational Expenditure (Perbelanjaan Operasi).

Meh sini nak ajar awak pasal OPEX ya sahabat... berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh PLUS tahun 2010, di bawah ialah serba sedikit perbelanjaan pengurusan PLUS.

Direct Operating Cost (mungkin termasuk pekerja, elektrik, minyak petrol, bahan/ alat untuk maintenance, etc): RM 991 Juta

General & Administration Cost: RM 79 Juta

Oleh itu jumlah OPEX PLUS pada tahun kewangan 2010 adalah RM1.07 Billion. Jumlah ini memberikan gambaran bahawa dalam masa 10-20 tahun sejak PLUS melengkapkan lebuhraya, kos operasinya melebihi dari jumlah kos asal aset.

Jumlah yang dikira belum lagi mengambil kira kos memperbaiki jalan yang rosak kerana kemalangan, kos mengurus rumah-rumah rehat yang bercambah...

King Jason bercakap lagi bahawa penswastaan itu diwujudkan untuk mengkayakan kroni? King Jason faham ke apa itu Dasar Penswastaan Negara?

Penswastaan di Malaysia membawa erti syarikat dan agensi yang dulunya di bawa kerajaan telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Melalui dasar ini, kerajaan tidak perlu lagi meminjam wang dari luar kerana pelabur sendiri akan melabur dalam syarikat yang diswastakan.

Lagi satu, kenapa King Jason tidak membuat perbandingan yang adil? Kenapa King Jason tidak menyentuh mengenai Cukai Jalan di Thailand yang merupakan yang tertinggi di Asia? Kenapa King Jason tak sentuh cukai jalan di Malaysia yang terendah di Asia Tenggara?

Dan saya rasa tak adil membandingkan Lebuhraya Malaysia yang merupakan yang terbaik di Asia selepas Jepun dan China dengan Thailand. Sudah tentu kos pengurusan, kos pentadbiran, kos pembinaan tidak termasuk faedah berbeza.

Kepada puak pembangkang, saya ada bukak Buku Jingga dan saya mendapati bahawa PR begitu teruja untuk menghapuskan TOL. Sedangkan sistem TOL di negara kita diadaptasikan daripada sistem tol di Jepun dan Amerika.

Bukankah konsesi lebihraya ada tarikh luput untuk tamat kontrak? So bila kontrak dah tamat nanti, dah tentu tol akan terhapus. Sekarang ni pun ada bayaran tol tinggi telah dihapus oleh kerajaan sebab kontrak konsesi dah tamat. Hanya perlu bayar jumlah minimun bagi tujuan selenggara. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun pun menggunakan cara yang sama.

Ada yang mengatakan, guna sahaja Wang Petronas itu, berbilion nak buat apa. Meh sini saya ketuk kepala anda. Pernah dengar Belanjawan Negara bukan? Itu ialah ke mana duit petronas yang merupakan salah satu daripada lubuk pendapatan negara pergi. Kita boleh tahu perbelanjaan kerajaan dengan meneliti belanjawan-belanjawan tersebut. Buka aje arkib negara punya laman web dan akan jumpa.

Lagi satu, semuanya nak guna duit Petronas. Pendidikan percuma duit petronas, nak kasi wifi percuma kepada rakyat guna duit petronas. Senang cerita, semua janji SYURGA pakatan nak guna duit Petronas, habis tu Petronas nak guna duit apa? Duit cina mati?

Hasil Negeri Gawat, Pas Kian Terdesak!!


TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan – yang menjadi menteri besar sejak 2008 – sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP),” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! – bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil,” kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,

Utusan Malaysia.

Perbezaan Antara Najib - Pembangkang?




Lagu Getaran Jiwa dendangan P. Ramlee dalam filem Antara Dua Darjat begitu berkesan sekali. Ia menggambarkan betapa resahnya jiwa apabila kebahagiaan yang diharapkan akhirnya musnah berkecai atas angkara seseorang yang hidupnya penuh delusi.

Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.

Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.

Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan.

PRU-13 semakin hampir, maka sekali lagi pemimpin berkenaan bermain kata-kata. Mereka akan lakukan yang lebih baik lagi apabila rakyat memberikan mereka peluang, yakni mengundi mereka. Namun, kali ini rakyat sudah tidak lagi membuka ruang simpati. Mereka seakan-akan serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan.

Dengan menggunakan muslihat agama, Mursyidul Am Pas menulis: Islam itu bukannya singgah pada pepohon atau bumi tetapi kepada manusia. Sedangkan manusia itu ditempatkan oleh Allah SWT di muka bumi.

Untuk menyelamatkan Islam ialah dengan menjaga manusia, untuk menyelamatkan manusia dengan cara menjaga keselamatan bumi. Ia merupakan tugas bertali-tali antara kewajipan menjaga Islam, manusia dan bumi." (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ciptaan daratan, lautan sumber rezeki," Harakah, Bil. 1817: 11-14 Februari 2013).

Sudah empat dekad sebagai wakil rakyat dan lebih dua dekad sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am Pas masih merayu sedangkan rakyat semakin terhimpit hidup dalam kesukaran peluang kerja, kekurangan prasarana dan penuh politiking.

Rakyat mula bertanya, kenapa air bersih tidak muncul juga setelah berjanji akan melakukannya sejak 1997; kini rakyat terhimpit dengan warna air sungai seperti teh tarik, kerana hutan di hulu sudah digondol.


Peneroka Felda Paloh 4 semakin khuatir, ladang rakyat yang dijanjikan masih belum menjadi kenyataan. Tapi Menteri Besar terus bermain kata-kata: ''... kepada orang yang lidahnya fasih dan pintar akan mendorong manusia bekerja kuat dan rajin, bukan atas dorongan kerajaan atau mana pihak."

Tidak juga dijelaskan apakah peranan beliau sebagai pemimpin sudah terlaksana sepenuhnya? Apakah kerajaan pimpinannya sudah sediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari rezeki dengan tenang? Semuanya dikelirukan dengan menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah banyak buat, tapi rakyat tetap bertanya: Mana? Apa? Bila?

Ketara berbeza. Setelah mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak percayakan pakatan pembangkang mampu laksanakan yang terbaik untuk rakyat.

Hari ini, setelah empat tahun memegang tampuk pemerintahan, terlalu jauh perbezaannya. Rakyat sudah dapat melihat hasilnya manakala pakatan pembangkang masih terkial-kial membuat janji baharu sedangkan janji lama masih banyak yang belum ditunaikan.

Perdana Menteri berjaya meletakkan dasar pembangunan yang tegas dan penuh makna. Ini memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan kuat bekerja, bukannya kuat mencerca.
  
Langkah pertama yang diambil adalah meletakkan dasar memperkukuhkan semula perpaduan antara kaum yang mula tercabar oleh selekoh politik. Dengan memberikan wajah baharu kepada perpaduan dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, hasilnya lahirlah pelbagai jenama yang membawa faedah meluas.

Kini sudah ada BR1M, SL1M, TR1MA, PR1MA, Klinik 1 Malaysia, Asrama 1 Malaysia, 1M4U, 1MD, dan sebagainya sehingga menyebabkan pakatan pembangkang kian gelisah dan resah.

Di peringkat nasional pula dilakukan pelbagai bentuk perubahan yang kemudiannya dijenamakan sebagai Model Ekonomi Baharu. Peraturan yang dilihat sebagai penghalang dimansuh atau diubahsuai. Kemudiannya dipatenkan menjadi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia dirangka secara menyeluruh berdasarkan segmen ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam suatu istilah khusus, iaitu Najibnomics.

GTP sudah memasuki fasa kedua. Pengiktirafan antarabangsa diterima dan Najibnomics dilihat sebagai landasan yang betul dan tepat bagi berhadapan dengan kelemahan ekonomi dunia. Kini, meskipun ekonomi dunia masih lembab, menurut banyak pihak, ekonomi Malaysia tetap terus berkembang dan tumbuh sekadar lima peratus setahun.

Perkara ini tidak berlaku dalam negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Sebaliknya semakin banyak aset kerajaan negeri dicair dan dipindah milik bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil. Kalau dahulu, kawasan tanah tinggi direzabkan sebagai kawasan tadahan air, sejak terdesak untuk "menunaikan janji" digondolkan bagi mendapatkan hasil balak.
  
Semuanya kerana tidak mahu mengingatkan impak masa depan. Bila bukit dan tanah tinggi digondol, banyak habitat semula jadi pupus manakala hakisan mudah berlaku. Kesannya, air sungai keruh dan berkeladak manakala hak rakyat mendapatkan sumber air semakin terjejas.

Bukit Pedu sudah bertukar dari kesegaran fauna dan flora menjadi bukit botak. Tanah Tinggi Lojing semakin menyesakkan kehidupan suku kaum pribumi di Hulu Kelantan, mereka sudah kehilangan kawasan rayau untuk mendapatkan sumber rezeki.

Gugusan Paloh, Gua Musang sudah bertukar dari pemilikan peneroka kepada ladang rakyat yang belum pun mendatangkan apa-apa hasil. Janjinya belum tertunai, rumah mampu milik belum juga terbina dan banyak lagi. Semuanya itu menggambarkan situasi ngeri akibat hanya "janji manis" tetapi tidak dilaksanakan meskipun kepercayaan sudah diberi. Kini, kepercayaan itu semakin tipis dan hampir robek.

Hasrat rakyat seringkali diketepikan dan sebaliknya dibangkitkan emosi rakyat untuk bersatu membina semula kekuatan dengan melakukan protes jalanan termasuk bakal menagih tindakan ala-Arab Spring.

Sudah kedengaran, jika pakatan pembangkang kalah, Arab Spring akan berlaku? Tidakkah ini bermakna, pakatan pembangkang sebenarnya yang mencintai kekecohan manakala BN mencintai kehidupan yang aman, damai dan sejahtera?

Rakyat Malaysia sedar, untuk meruntuhkan sesuatu yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding untuk mengembalikan keamanan. Pergolakan semula di Tunisia dan Mesir banyak memberikan pengajaran, ada tangan-tangan ghaib yang sedang bermain untuk mencetuskan huru-hara kerana mereka bencikan Islam. Mereka takut kebangkitan Islam bakal menjadi kuasa politik dan ekonomi yang kuat.

Kalaulah itu kaedah yang hendak dilakukan oleh pakatan pembangkang, lebih baik mereka lupakan hasratnya. Rakyat Malaysia amat tidak bersetuju, kerana revolusi lebih banyak mengundang bahaya dan bencana, yang untungnya ialah mereka yang penuh curiga, cemburu dan ingin membalas dendam. Delusi bukan menyebabkan manusia semakin baik, ia boleh menyebabkan kehidupan menjadi semakin sukar dan terhimpit.

Sebenarnya, rakyat masih rasional untuk mengesan secara jelas apa yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Hasilnya, dalam tempoh empat tahun (April 2009 - Februari 2013), belum berlaku perubahan kerajaan dan rakyat semakin sedar, yang mana permata dan yang mana pula kaca.

Dalam pakatan pembangkang, hampir setiap masa berlakunya provokasi dan penghinaan. Tetapi, usaha menyembunyikannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya pelbagai pembohongan terserlah. Antara pemimpin tiada muafakat, semuanya mempertahankan pendirian masing-masing dengan berasaskan matlamat politik walaupun terpaksa menjual diri dan maruah.

Pakatan pembangkang sebenarnya sedang berada dalam situasi antara sedar dan koma, kerana delusinya kian hebat dan terdesak. Delusi dalam dirinya sudah tidak terkawal, dan mungkinkah PRU-13 menjadi medan mereka dikuburkan?

Lebih 13 juta pengundi akan menentukannya, maka bermacam-macam ketakutan dan janji manis yang bakal mereka berikan. Mereka takut delusi itu akhirnya menjadikan nyawa politik pakatan pembangkang ditamatkan secara tragik. Itulah sebabnya, PRU-13 dianggap nyawa dan ibu kepada semua parti politik yang bakal memasuki arena pertandingan merebut kuasa.

Selasa, 19 Februari 2013

Anwar Kehabisan Peluru Serang UMNO-BN.



Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walaupun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjayakan agenda politiknya.


Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tidak mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tidak bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Bukti Blogger Pakatan Dibayar Untuk Fitnah Kerajaan!!


Kita selalu dengar blogger Pakatan bercakap mengenai perjuangan yang tidak berbayar. Tapi kali ni apa agaknya puak tu nak menipu lagi? Siap ada list sekali dengan hits blog yang menyatakan mereka dibayar elaun RM3,000.


 Sumber gambar Rezqeen Hill

he he he.. fisabillilah konon, piirahhh..

- kedah ke KL

Samsung Perkenal Skrin Telefon Boleh Lentur.

Youm

Samsung memperkenalkan telefon pintar dilengkapi skrin boleh lentur dikenali Youm, sekali gus membayangkan kemungkinan masa depan pengguna boleh menggulung peranti pintar mereka seperti sekeping peta.

Peranti itu diperkenalkan di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) yang lalu. Ia menunjukkan telefon pintar yang merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas. 

Skrin itu kelihatan tidak begitu fleksibel untuk dilipat separuh seperti sekeping kertas, tetapi ia boleh digulung ke dalam sebuah tiub. Samsung juga membayangkan sebuah peranti sebesar telefon pintar yang boleh dibuka seperti sebuah buku tetapi didalamnya ada skrin saiz tablet.

Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

OLED sudah digunakan dalam rangkaian telefon Samsung sedia ada, tetapi disalut dengan skrin kaca. Untuk digunakan dengan telefon pintar boleh lentur, Samsung menyapu bahan kimia berkenaan di atas lapisan plastik tipis, sebagai ganti kepada kaca sebelum ini.

Orang ramai mungkin perlukan teknologi ini pada masa depan kerana mereka boleh membawa skrin yang lebih besar dalam kocek.

INFO: Youm

− Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED.
− Merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas


Haron Din Dimaki Kerana Tegah Guna Kalimah Allah Dalam Bible Versi Bahasa Melayu.



Timbalan Mursyidul Am Pas Dato’ Dr Haron Din mendedahkan bahawa beliau dimaki hamun oleh pihak tertentu apabila menentang penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu seperti yang dibangkitkan DAP sebelum ini.

Dalam satu rakaman ceramah yang disiarkan di Youtube, pemimpin Pas itu Berkata, beliau sama sekali tidak akan bersetuju penggunaan Kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu dan akan mempertahankan Kalimah Suci itu hingga akhir hayatnya.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu dikalangan umat Islam yang menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible bagi menggantikan perkataan ‘God’ bermakna mereka merelakan Allah itu disyirikkan.

“Orang Islam masih ada yang menyokong, bila saya bertegas sikit, ada yang hantar sms (Khidmat Pesanan ringkas) maki saya..kata saya sempit fikiran, tidak faham situasi, tidak reti bahasa...tapi macam mana kita boleh terima (penggunaan Kalimah Allah dalam Bible).

“Apa tujuannya orang kristian hendak terjemahkan ‘God’ daripada Bible kepada Allah, dahulu pada 2008 bila timbul isu ini saya panggil wartawan datang kerumah, saya bawa Bible ketika itu ,saya bawaAl-Quran, dan saya kata saya tidak akan setuju.

“Kalau kita benarkan dan kita rela Allah diletakkan(diganti) dengan God, maknanya kita rela Allah itu disyirikkan,” katanya.

Dato’ Haron Din menjelaskan, beliau tidak akan rela sama sekali Allah dikufurkan semata-mata mahu meraih sokongan politik.

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam dicetuskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Krismas tahun lalu apabila beliau mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan Kalimah digunakan dalam Bible versi bahasa melayu.

Sementara itu, dalam satu kuliah agama disebuah Masjid di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) bulan lalu,Haron Din menjelaskan di dalam Al-Quran terkandung 3,000 Kalimah Allah dan sewajarnya ia menjadi hak eksklusif untuk kitab umat Islam.

Katanya, Allah tiada bandingan dan oleh kerana itu tidak boleh diterjemahkan untuk digunakan dalam kitab agama lain kerana ia tidak setanding dengan kekuasaan Allah.

Hukum ‘Hudud Politik’ Pas Ditolak Kerana Tidak Ikut Tuntutan Islam.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar kerana tidak menghukum pesalah secara adil, menyebabkannya ditolak oleh kebanyakan pihak.

Katanya, hukum hudud yang ditekankan di dalam al-Quran ialah menghukum pesalah secara adil antara orang Islam dan bukan Islam.

"Tetapi secara terbuka Pas buat kenyataan, orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena. Mereka takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam berpakat melakukan jenayah, yang Islam kena potong tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua bulan, itu sudah tidak adil,'' katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apabila menjatuhkan hukuman katanya, keputusan itu perlu dilakukan dengan adil.

''Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali ialah jangan kita zalim. Jadi apabila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang tidak konsisten tentang pendirian mereka berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh pada hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah menerima hukuman yang setimpal dan adil.

"Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita harus melaksanakannya dengan kehendak Islam dan laksanakan dengan adil," katanya.

Isnin, 18 Februari 2013

Kenyataan palsu PM letak jawatan, Pakatan Haram semakin tedesak menyedari sokongan rakyat tehadap kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.



Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.

Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.

"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.



Sabtu, 16 Februari 2013

Bayar Pampasan RM100 Juta Untuk Tidak Tebang Balak Di Kedah, Azizan Mengugut Cara Islam?


Ternganga kita dibuatnya apabila Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan.   Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.

Kata orang, ego biar bertempat.  Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri.  Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya.  Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.

Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS.  Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara.   Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga.

Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak.

Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas.  Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah.

Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap ‘bo-layan’ sahaja terhadap ugutan Kedah.

Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram.  Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah.

Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut?

Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN?  Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat?

Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja.

Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah.

Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya.  Bagaimana?

Walaupun persoalan ini kelihatan seperti ‘lawak’, kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan.

Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak.

Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata.   Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!

Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan ‘ketidak-tahuan’ para pegawai yang dilantik.  Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?

Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung.  Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil ‘enteng’.  Kesemua pegawai dan exco membawa sikap ‘kaduk naik junjung’ dan ‘kera mendapat bunga’ seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja.  Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan.

Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato’ Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri.

Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?

Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini.

Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.